Followers

Wednesday, 3 April 2019

#entrisepuluh : Masa Itu Emas

Sebagai seorang pelajar 'pendidikan jarak jauh' (PJJ), saya berpendapat kemahiran pengurusan masa amat penting untuk mengecapi kejayaan. Masa adalah kunci kepada kejayaan. Pengurusan bermaksud anda mampu menguruskan masa dengan baik unutk melakukan pelbagai aktiviti dan merasa puas hati terhadap apa yang tealh anda lakukan. Pengurusan masa amat pentung kerana ia dapat mengelakkan pembaziran masa dan dapat memastikan semua kerja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan. Di perenggan berikut, saya akan menyenaraikan kaedah pengurusan masa yang perlu dilaksanakan agar dapat mencapai kejayaan dalam pembelajaran.

Manfaat pengurusan masa yang berkesan akan menyebabkan anda berasa fleksibel dan spontan serta gembira dan sihat dalam melakukan tugas kerana anda dapat membezakan yang mana lebih perlu untuk diberikan keutamaan dan anda lebih bertanggungjawab serta amanah. Dalam pengurusan masa, semuanya bermula dengan perancangan. Perancangan untuk mencapai matlamat. Apabila anda mempunyai matlamat, maka anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut dengan jayanya. Contohnya, saya mempunyai matlamat dimana saya akan menamatkan ijazah saya dalam masa 4 tahun dengan cemerlang. Apabila matlamat telah ditetapkan. Kita perlu menyusuli dengan merancang jadual masa. Dalam kehidupan seharian yang begitu padat sebagai seorang pekerja dan mempunyai keluarga serta sebagai seorang pelajar. Maka, jadual masa amat penting dalam membantu mengimbangi tugas-tugas tersebut. Anda boleh membuat jadual masa harian, mingguan atau bulanan. Ini adalah penyelesaian untuk membahagikan masa dengan betul. Setelah membuat jadual tersebut. Anda perlu disiplin dalam melaksanakan jadual masa agar dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dengan itu, bermulalah cabaran untuk mengikuti jadual masa tersebut dengan berdisiplin agar masa dapat digunakan dengan sepenuhnya tanpa terbuang dengan sia-sia.

Konklusinya, sebagai seorang penuntut, pekerja dan juga individu yang sudah berkeluarga, kita bukan sahaja perlu berjaya dalam pelajaran tetapi juga perlu seiring dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang berkaliber dan seorang ibu yang komited terhadap keluarga. Dengan itu, kita perlulah menjalankan tugas dengan cara yang sistematik agar segala aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan seterusnya melahirkan insan yang cemerlang dalam apa jua bidang.

#kredit

No comments:

Post a Comment