Biar gambar berbicara demi Rasulullah saw tercinta
Blog ini dicipta khas untuk memenuhi tuntutan subjek STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan PJJ Semester Januari 2019/2020 UUM Sintok, Kedah dibawah seliaan pensyarah Dr. Mohd Tarmizi bin Musa
Followers
Wednesday, 3 April 2019
#entrisepuluh : Masa Itu Emas
Sebagai seorang pelajar 'pendidikan jarak jauh' (PJJ), saya berpendapat kemahiran pengurusan masa amat penting untuk mengecapi kejayaan. Masa adalah kunci kepada kejayaan. Pengurusan bermaksud anda mampu menguruskan masa dengan baik unutk melakukan pelbagai aktiviti dan merasa puas hati terhadap apa yang tealh anda lakukan. Pengurusan masa amat pentung kerana ia dapat mengelakkan pembaziran masa dan dapat memastikan semua kerja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan. Di perenggan berikut, saya akan menyenaraikan kaedah pengurusan masa yang perlu dilaksanakan agar dapat mencapai kejayaan dalam pembelajaran.
Manfaat pengurusan masa yang berkesan akan menyebabkan anda berasa fleksibel dan spontan serta gembira dan sihat dalam melakukan tugas kerana anda dapat membezakan yang mana lebih perlu untuk diberikan keutamaan dan anda lebih bertanggungjawab serta amanah. Dalam pengurusan masa, semuanya bermula dengan perancangan. Perancangan untuk mencapai matlamat. Apabila anda mempunyai matlamat, maka anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut dengan jayanya. Contohnya, saya mempunyai matlamat dimana saya akan menamatkan ijazah saya dalam masa 4 tahun dengan cemerlang. Apabila matlamat telah ditetapkan. Kita perlu menyusuli dengan merancang jadual masa. Dalam kehidupan seharian yang begitu padat sebagai seorang pekerja dan mempunyai keluarga serta sebagai seorang pelajar. Maka, jadual masa amat penting dalam membantu mengimbangi tugas-tugas tersebut. Anda boleh membuat jadual masa harian, mingguan atau bulanan. Ini adalah penyelesaian untuk membahagikan masa dengan betul. Setelah membuat jadual tersebut. Anda perlu disiplin dalam melaksanakan jadual masa agar dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dengan itu, bermulalah cabaran untuk mengikuti jadual masa tersebut dengan berdisiplin agar masa dapat digunakan dengan sepenuhnya tanpa terbuang dengan sia-sia.
Konklusinya, sebagai seorang penuntut, pekerja dan juga individu yang sudah berkeluarga, kita bukan sahaja perlu berjaya dalam pelajaran tetapi juga perlu seiring dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang berkaliber dan seorang ibu yang komited terhadap keluarga. Dengan itu, kita perlulah menjalankan tugas dengan cara yang sistematik agar segala aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan seterusnya melahirkan insan yang cemerlang dalam apa jua bidang.
#kredit
Manfaat pengurusan masa yang berkesan akan menyebabkan anda berasa fleksibel dan spontan serta gembira dan sihat dalam melakukan tugas kerana anda dapat membezakan yang mana lebih perlu untuk diberikan keutamaan dan anda lebih bertanggungjawab serta amanah. Dalam pengurusan masa, semuanya bermula dengan perancangan. Perancangan untuk mencapai matlamat. Apabila anda mempunyai matlamat, maka anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut dengan jayanya. Contohnya, saya mempunyai matlamat dimana saya akan menamatkan ijazah saya dalam masa 4 tahun dengan cemerlang. Apabila matlamat telah ditetapkan. Kita perlu menyusuli dengan merancang jadual masa. Dalam kehidupan seharian yang begitu padat sebagai seorang pekerja dan mempunyai keluarga serta sebagai seorang pelajar. Maka, jadual masa amat penting dalam membantu mengimbangi tugas-tugas tersebut. Anda boleh membuat jadual masa harian, mingguan atau bulanan. Ini adalah penyelesaian untuk membahagikan masa dengan betul. Setelah membuat jadual tersebut. Anda perlu disiplin dalam melaksanakan jadual masa agar dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dengan itu, bermulalah cabaran untuk mengikuti jadual masa tersebut dengan berdisiplin agar masa dapat digunakan dengan sepenuhnya tanpa terbuang dengan sia-sia.
Konklusinya, sebagai seorang penuntut, pekerja dan juga individu yang sudah berkeluarga, kita bukan sahaja perlu berjaya dalam pelajaran tetapi juga perlu seiring dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang berkaliber dan seorang ibu yang komited terhadap keluarga. Dengan itu, kita perlulah menjalankan tugas dengan cara yang sistematik agar segala aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan seterusnya melahirkan insan yang cemerlang dalam apa jua bidang.
#kredit
#entrisembilan : taX
PENYATUAN JABATAN KASTAM DI NEGERI MELAYU BERSEKUTU
Pentadbiran aktiviti percukaian di Negeri Melayu dengan lebih teratur telah membawa kepada penubuhan Jabatan Kastam di Negeri Melayu bertempat di muara-muara sungai dan sempadan antara negeri dan ditugaskan khusus untuk memungut cukai ke atas barang keluaran pertanian, perlombongan, minuman keras, candu dan gambir. Sistem pentadbiran Jabatan Kastam pada masa itu adalah bersaingan antara satu negeri dengan negeri yang lain.
Urusan pentadbiran jabatan dan pemungutan cukai dijalankan oleh
kerani-kerani kepada pejabat daerah dan kerani daripada pejabat Perbendaharaan
Negeri. Oleh itu, Jabatan Kastam tidak sepenuhnya mengendalikan pentadbiran
dalam urusan pemungutan Cukai Kastam dan Eksais. Sebagai contoh di Teluk Anson,
Taiping dan Kuala Lumpur, cukai-cukai dipungut oleh Bendahari Kerajaan
sementara di pelabuhan, muara-muara sungai serta sempadan negeri Perak,
Selangor dan Negeri Sembilan, cukai dipungut oleh Kerani-kerani Kastam yang bertanggungjawab
kepada Pegawai-pegawai Daerah berkenaan. Di Negeri Selangor Cukai Import ke
atas candu dipungut oleh Pegawai Pelindung Hal Ehwal Orang-orang Cina.
Pada masa ini belum wujud lagi kesatuan kastam antara Negeri-negeri Melayu
yang membawa masalah kepada tarif barangan dan kadar cukai yang berbeza-beza di
antara negeri-negeri. Akibat daripada itu timbul keperluan bagi membentuk
sebuah persekutuan antara Negeri-negeri Melayu dan telah dipersetujui pada
dasarnya oleh Setiausaha Luar British dan Gabenor Negeri-negeri Selat.
Dengan terbentuknya persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu maka timbul
usaha-usaha bagi menyatukan hal ehwal kastam antara negeri-negeri. Natijah
daripada itu lahirlah satu undang-undang yang dinamakan Enakmen Hasil Barang
Bilangan ll pada tahun 1904, yang bertujuan mengawal segala hasil Cukai Import
ke atas minuman keras. Di bawah undang-undang ini pemborong diberi kuasa khas
mengimport dengan bayaran sewa yang telah ditetapkan.
Pada tahun 1907 satu jawatan telah diwujudkan dengan nama Inspector of Trade and Customs pada 1hb Januari 1907. Pada tahun yang
sama juga satu undang-undang yang dinamakan “The Customs Regulation
Enactment” telah diadakan dan berkuatkuasa pada 1hb Januari 1907 setelah diluluskan
keempat-empat Majlis Undangan Negeri. Kemudian pada tahun 1908 nama Inspector of Trade and Customs telah diganti dengan nama Commissioner of Trade and Customs.
Dengan wujudnya enakmen 1907, maka jadual-jadual Cukai Import dan Eksport
telah diseragamkan di seluruh Negeri Melayu Bersekutu. Walau bagaimanapun
penyatuan sepenuhnya hanya wujud pada tahun 1920 dengan pembentukan satu
enakmen kastam yang seragam bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dengan
penyatuan ini juga stesen-stesen kastam di sempadan telah dimansuhkan dan cukai
tidak dikenakan jika barang tersebut dibawa daripada sebuah negeri ke sebuah
negeri yang lain yang berada dalam kesatuan kastam. Untuk memungut Cukai
Eksport ke atas barang-barang yang dibawa keluar dengan kereta api maka stesen
pemungut cukai telah ditubuhkan di tanah jajahan Singapura dan Prai pada tahun
1918 dan 1919, di Melaka pada tahun 1922. Stesen ini juga ditugaskan untuk
memungut cukai ke atas barang yang diimport.
Pembentukan Kesatuan Kastam di Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah
menyelaraskan segala peraturan kastam di antara negeri-negeri tersebut. Ia juga
telah menyatakan semua pejabat kastam di bawah Pesuruhanjaya Perdagangan dan
Jabatan Kastam bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Setiausaha
Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Commissioner of Trade
and Customs telah diubah namanya kepada Comptroller of
Customs pada tahun 1938.
PEMBENTUKAN KESATUAN KASTAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
Dalam Persidangan Raja-raja Melayu bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau
dikenali sebagai Durber pada tahun 1931 di Sri
Menanti, Negeri Sembilan, cadangan untuk memperluaskan kesatuan telah
dikemukakan oleh Sir Cecil Clementi. Cadangan beliau ini
adalah berasaskan kepada semakin bertambahnya cukai import dari tahun ke tahun
sehingga pada tahun 1932, taraf kastam meliputi sejumlah besar barangan dan
terpaksa diwujudkan prefential duty bagi barangan yang
datang daripada empayar British. Akibat daripada pergantungan yang amat sangat
terhadap duti import sebagai hasil negeri Melayu Bersekutu inilah yang
menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi pada tahun 1932 berpendapat
“Like the rest of the British Empire Become increasingly dependent on Customs import duties as their score that he strongl recommended the creation of a customs union embracing the whole of the Malay peninsula if trade is not to be intolerably cramped and the interdependence of one territory upon another i matter of commerce”,
(C.R.Emerson Malaysia a study in Direct and Indirect Role Out 1979.P.190).
Atas alasan supaya perdagangan tidak tergugat akibat daripada bertambahnya
tarif di Negeri Melayu Bersekutu inilah yang menyebabkan beliau mengesyorkan
supaya Kesatuan Kastam dibentuk bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
Pembentukan Kesatuan Kastam bagi Semenanjung Tanah Melayu hanya berjaya
dibentuk pada tahun 1946 iaitu dengan terbentuknya Malayan Union pada bulan
April 1946, dan jabatan ini diberi nama “Customs and Excise of
Malayan Union”. Walau bagaimanapun dengan pembubaran Malayan Union pada tahun 1948 maka Jabatan ini terpaksa disusun semula. Jabatan
Kastam pada masa ini bukan sahaja terdiri daripada Jabatan Kastam yang
diletakkan di bawah Negeri Melayu Bersekutu tetapi termasuk juga Jabatan Kastam
yang di bawah Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri Selat.
JABATAN KASTAM DAN EKSAIS PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
Dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, maka
terbentuklah sebuah Jabatan Kastam dan Eksais bagi seluruh Semenanjung Tanah
Melayu. Mengikut Ordinan Kastam 1952, jabatan ini diletakkan dibawah penguasaan
Pesuruhjaya Tinggi bagi Tanah Melayu dan diketuai oleh seorang Pengawal Kastam
sepertimana yang terdapat sejak tahun 1938. Ia berlanjutan sehingga negara
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Dengan kuasa yang ada pada Seksyen 138 Ordinan Kastam 1952, beliau yang
berada dalam Majlis Persekutuan bertanggungjawab mengeluarkan segala
peraturan-peraturan yang berhubung dengan hal ehwal kastam. Kawasan Utama
Kastam pada masa itu adalah seluruh Semenanjung Tanah Melayu terkecuali Pulau
Pinang, untuk mengekalkan tarafnya sebagai sebuah Pelabuhan Bebas.
Ekoran daripada pembentukan Kesatuan Kastam bagi seluruh Tanah Melayu pada
tahun 1948, maka timbullah keperluan untuk meningkatkan prestasi kakitangan dan
jabatan bagi memenuhi keperluan Negara yang akan menuju ke arah kemerdekaan. Dengan
itu, pada tahun 1956 sebuah pusat latihan telah ditubuhkan di Bukit Baru Melaka
yang pada mulanya hanya mampu menampung seramai 40 orang pelatih pada satu
masa.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada bulan Ogos 1957
sekali lagi Jabatan Kastam dan Eksais dari segi struktur pentadbirannya disusun
semula untuk memenuhi keperluan Tanah Melayu yang merdeka. Pentadbiran Jabatan
Kastam dan Eksais telah diletakkan di bawah Kementerian Kewangan yang diketuai
oleh seorang Pegawal Kastam dan Eksais yang bertanggungjawab kepada Menteri
Kewangan.
Jabatan ini dari segi kawasan telah dibahagikan kepada tiga wilayah
berdasarkan kepada pusat perdagangan yang utama. Bagi Wilayah Utara
pengkalannya adalah Pulau Pinang, meliputi Kedah, Perlis dan Perak. Bagi
Wilayah Tengah pula, pengkalannya adalah di Kuala Lumpur dan kawasannya
meliputi Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan. Akhir sekali ialah Wilayah
Selatan yang meliputi Johor, Melaka dan Stesen Kastam di Singapura. Tipa-tiap
wilayah diketuai oleh seorang Senior Assistant
Comptroller of Customs.
Dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia
pada 16hb September 1963, maka sekali lagi struktur pentadbiran Kastam dan
Eksais disusun semula untuk membolehkan keseragaman dilakukan. Pada tahun 1964,
ketua bagi Jabatan Kastam dan Eksais Diraja bagi Negeri Tanah Melayu dengan
pindaan kepada Undang-undang Kastam 1964 diterbitkan di bawah L.N. 306
bertarikh 1hb Oktober 1964, telah diberi nama sebagai Regional Comptroller of Customs and Excise. Pada tahun 1964 juga
semua pegawai yang berkhidmat adalah anak tempatan apabila dua orang Pegawai
Inggeris menamatkan tempoh perkhimatan masing-masing.
Walaupun wujud penyatuan dengan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan
Malaysia namun Sabah dan Sarawak masih bergerak dibawah Ordinan-ordinan Kastam
dan Perintah Duti yang berasingan. Ini memberi kesan kepada perjalanan barangan
secara bebas di antara sebuah wilayah ke wilayah yang lain tidak dapat
dilaksanakan dengan mudah disebabkan oleh perbezaan tersebut. Ekoran daripada
masalah ini, maka pengawal bagi ketiga-tiga wilayah telah berjumpa pada
pertengahan tahun 1967 dan hasil daripada perjumpaan tersebut telah melahirkan
sebuah Akta Kastam No.62, tahun 1967 yang memberikan seluruh Malaysia satu
undang-undang kastam yang tunggal. Akibat daripada itu Jawatan kuasa Cukai
Tidak Langsung di Perbendaharaan telah giat menyediakan sebuah tarif bersam
untuk ketiga-tiga wilayah. Pada 29hb Oktober 1963, jabatan Kastam dan Eksais
dianugerahkan gelaran Diraja oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan
Agong. Ia merupakan detik sejarah baru dalam sejarah perkembangan Jabatan
Kastam dan Eksais seterusnya.
Pada tahun 1972, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia telah terlibat
dalam penyusunan semula pentadbiran berikutan dengan laporan seorang pakar
daripada International Monetary Fund. Akibat daripada itu
pada 1hb Ogos 1972, Ketua Pengarah Kastam Malaysia mewujudkan seorang Timbalan
Ketua Pengarah Kastam dan seorang Penolong Ketua Pengarah Kastam yang bertanggungjawab
bagi segala urusan pelaksanaan, ditambah pula seorang lagi Timbalan Pengarah
Kastam yang bertanggungjawab bagi segala urusan pengurusan. Mulai dari tarikh
tersebut juga jawatan Pengarah Kastam Wilayah Malaysia Barat telah dihapuskan
dan digantikan dengan tiga Pengarah Kastam Kawasan sebagai ketua bagi tiap-tiap
satu kawasan, iaitu utara, tengah dan selatan yang sebelum itu diketuai oleh
Penolong Kanan Pengarah Kastam.
Pada dekad 70-an dan 80-an, negara menuju ke era perindustrian akibatnya
peranan Jabatan Kastam dan Eksais semakin luar. Cukai baru telah diperkenalkan
seperti Cukai Jualan yang dikenakan ke atas barang yang dikilang di tempatan
dan memungut cukai-cukai perkhidmatan yang diberi oleh hotel-hotel, rumah
tumpangan serta pusat hiburan dan kesihatan. Untuk mengelakkan industri dan
pelaburan cawangan industri telah ditubuhkan unit-unit sokongan seperti Unit
Narkotik, Unit Komputer dan lain-lain unit telah diwujudkan bagi menghadapi
perkembangan industri di Malaysia.
Dengan harapan generasi muda kastam memahami sejarah dan mengambil tahu
betapa jabatan ini mempunyai sejarah yang sangat menarik untuk dibaca dan
dihayati. Tiada sekarang jika tiada suatu ketika dulu...
#entritujuh : Kayak @ 'Koyak'?
#entrienam : Orienteering dalam PEDOMAN
Entri ini adalah rentetan PEDOMAN
PENGENALAN ORIENTEERING
Definisi
Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi
fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik
kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas
yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi
mengikut susunan tertentu.
Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan
gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari
harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan
pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.
Jenis-jenis orienteering
Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering
Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O
yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :-
Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
Orienteering Malam (Night Orienteering)
Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
Norwegian Event
Kebaikan sukan orienteering
Sukan untuk semua
Meningkatkan kecergasan fizikal
Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
Memberi cabaran & keseronokan
Membina sikap positif & keyakinan diri
Menggunakan persekitaran yang sihat
Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas
ORIENTEERING ASAS
Sejarah dan perkembangan
** Sejarah permulaan
Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19.
Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang
lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa
Orienteering”.
Orienteering mengikut Model Killander merangkumi :-
Memerlukan daya ketahanan.
Stamina.
Kecekapan berlari.
Kekuatan mental.
Penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih mencabar.
IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara.
Kejohanan-kejohanan dunia yang dianjurkan oleh IOF adalah seperti :-
World Orienteering Championships (WOC)
World Cup (WC)
Junior World Orienteering Championships (JWOC)
Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC)
World Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas
Acara orienteering terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang
melibatkan penyertaan antara 15000 hingga 25000 orang.
**Perkembangan di Malaysia
Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan
Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983.
Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983.
Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wil. Persekutuan (WOA)
pada tahun 1986.
Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang pertama telah diadakan dalam
tahun 1988.
Malaysia bergabung dengan IOF dalam tahun 1992 melalui WOA.
Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam tahun 1994.
Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor,
Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996.
MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw. Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.
TERMINOLOGI DAN ALATAN
Titik kawalan (Control point)
• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh
peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.
Penanda kawalan (Control marker)
• Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai
tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
• Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod
Kawalan.
Kad kawalan (Control card)
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acarasebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan
tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan
masa penamat.
Peta utama (Master map)
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan
kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
Keterangan kawalan (Control description)
• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan
berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan
keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam
bentuk kod/gambarajah.
Landasan (Course)
• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke
titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta
utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah :-
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
- Titik kawalan dengan tanda bulatan.
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
- 'Leg’ adalah perjalanan di antara 2 titik kawalan.
Kompas (Compass)
• Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
• Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.
PETA
Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari
udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor,
skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan
tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.
Jenis-jenis peta
Terdapat beberapa jenis peta yang diterbitkan seperti berikut :-
Peta topo
Peta panduan jalanraya
Peta khusus
Atlas
Peta imejan satelit
Peta orienteering
Kandungan peta orienteering
Tajuk peta
Arah Utara
Skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000
Petunjuk peta
Garisan melaras utara-selatan
Kredit – kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dsb.
Warna-warna dalam peta
Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah :-
Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu
Perang - kontor & jalanraya
Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka
Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari
Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah
Biru - kawasan berair
Bentuk muka bumi
Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang samarata bagi
keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui adalah :-
Susuh bukit (spur) - sejalur tanah yang menganjur keluar
Ceruk (re-entrant) - berlawanan dengan susuh bukit
Permatang (ridge) - tanah tinggi yang memanjang
Pelana (saddle) - suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit
Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit)
KOMPAS
Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta
ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan
orienteering.
Jenis kompas
Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi. Antaranya
adalah :-
Kompas Tentera
Kompas Orienteering
Kompas Marin
Kompas Kiblat
Kompas Digital
Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya baseplate
compass, thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal.
Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden.
Kegunaan kompas orienteering
Kompas orienteering boleh digunakan untuk tujuan berikut :-
Mengukur jarak
Menentukan kedudukan
Mencari arah
Anatomi kompas orienteering
TEKNIK-TEKNIK ASAS
Teknik melaras peta
Langkah pertama yang harus diketahui adalah melaras Utara peta.
Melaras peta ke Utara adalah bertujuan untuk membetulkan kedudukan peta berkenaan supaya ianya bersamaan
Garisan melaras
Arah pergerakan
Tapak lutsinar Perumah kompas
Jarum magnetik
dengan kedudukan pada mukabumi sekeliling.
Cara ini akan lebih mudah untuk menentukan
arah pergerakan.
Terdapat dua cara untuk melaras Utara peta iaitu :-
Berpandukan kepada kedudukan ciri-ciri mukabumi sekeliling
Menggunakan kompas
Teknik susur tangan
Merupakan teknik asas yang mudah dalam pemilihan laluan dengan menggunakan ciriciri garisan yang mudah dikenali seperti jalan, lorongkaki, sungai, pagar dan
sebagainya. Kaedah ciri-ciri garisan ini dipanggil Susur tangan (Handrails).
Sebelum bergerak, cuba lihat apakah ciri yang boleh digunakan untuk susur tangan
yang akan membawa anda sehampir mungkin ke tempat yang ditujui. Ikut ciri
berkenaan.
Teknik titik sasaran
Titik sasaran merupakan suatu ciri yang jelas yang terletak pada ciri garisan atau yang
berhampiran dengannya, sebelum anda tiba di kawalan yang ditujui. Antara ciri yang
boleh digunakan sebagai titik sasaran ialah simpang/selekoh jalan atau sungai, hujung
atau penjuru pagar dsb.
Pilih Tititk sasaran yang paling hampir kepada destinasi anda. Perlahankan pergerakan
apabila hampir ke Titik sasaran dan pastikan arah yang perlu diikut dan jarak untuk
menghampiri kawalan. Teknik ini biasanya digunakan bersama dengan teknik susur
tangan.
SUSUR TANGAN TEKNIK SASARAN
Relokasi
Merupakan satu teknik atau cara yang digunakan apabila peserta merasa tidak pasti akan
kedudukan sebenar atau tersesat.
Jangan panik jika dirasakan sudah tersesat. Berehatlah terlebih dahulu.
Jangan bergerak lagi atau merayau-rayau tidak tentu arah.
Laraskan peta ke arah utara peta dan cuba bandingkan ciri muka bumi yang boleh
dilihat.
Jika masih tidak dapat menentukan kedudukan, cuba ingat ciri yang terakhir yang telah
dilalui dan semak dalam peta.
Setelah 2 minit berehat dan anda masih sesat, cuba bergerak ke arah ciri garisan yang
jelas. Dapatkan kedudukan anda dan teruskan pergerakan ke titik kawalan.
Jika masih ragu-ragu dan risau, dapatkan bantuan sesiapa yang terjumpa atau cuba
carikan jalan balik ketitik permulaan.
PEMBATALAN PENYERTAAN
Peserta akan diberikan “Did not finish” (DNF) atau pembatalan penyertaan (DISQ) apabila
berlakunya perkara-perkara seperti berikut:-
Gagal memulangkan kad kawalan.
Tidak menebuk kad kawalan dengan selengkapnya.
Tebukan yang dibuat terkeluar petak yang sepatutnya.
Tebukan yang kurang jelas/berubah corak.
Tidak membantu peserta lain yang sangat memerlukan bantuan kecemasan.
Meniup wisel tanpa alasan munasabah.
Menaiki sebarang kenderaan kecuali bagi acara yang dibenarkan.
Bertindak untuk cuba menipu semasa pertandingan dengan pelbagai cara.
PROSEDUR MENYERTAI ACARA
Di Malaysia, pakaian yang sesuai untuk orienteering adalah pakaian sukan yang memudahkan
larian. Gunakan kasut yang sesuai mengikut keadaan tanah kawasan pertandingan. Jangan
berlari sambil membawa muatan seperti beg galas, botol air minuman, parang atau sebagainya.
Pendaftaran/permulaan
Daftarkan diri dengan mengisi butir-butir perlu dalam kad kawalan. Pilihlah landasan
yang sesuai untuk anda. Serahkan semula kad kawalan anda dan dapatkan masa mula.
Apabila tiba giliran anda, dapatkan peta dan pergi kegarisan permulaan. Tentukan kad
kawalan dan peta yang betul untuk anda. Salin peta utama jika diarahkan.
Laraskan peta, ambil arah laluan dan mulakan larian ke penanda kawalan yang pertama
dan seterusnya.
Di garisan Penamat
Serahkan dengan segera kad anda apabila sampai dikaunter penamat. Masa tamat
akan dicatatkan pada kad anda.
Beredarlah dari situ dan tunggulah keputusan pertandingan.
Semua peserta mesti melapurkan diri di tempat penamat walaupun gagal menghabiskan
pertandingan Ini bertujuan bagi mengelak dari diklasifikasikan sebagai peserta yang
hilang.
Nota ini disediakan oleh :
Mohd. Zaini Ujang
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA (MOA)
Tel : 03-6279 7434
Update : 9 May 2005
#entriempat : PEDOMAN adalah...
Kompas atau kompas pelaut (juga
dikenali sebagai pedoman) ialah alat bantuan ahli
pelayaran untuk mendapatkan arah sebenar di muka bumi.
Kompas ialah alat paling tepat untuk menunjukkan arah di muka bumi. Sejarawan
mendapati kompas mula dicipta oleh orang China pada
abad ke-11 dan hanya digunakan oleh ahli pelayaran Eropah pada
1300 Masihi.
Kompas mengandungi anak panah yang dibuat daripada jarum besi bermagnet yang
berdasarkan medan
magnet di bumi. Empat arah utama kompas ialah Utara, Selatan, Timur dan Barat.
Secara teknik, kompas dibuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah
utara magnet berdasarkan sebuah planet magnetosfera.
Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah
dikoordinasikan dengan kompas tersebut.
Selain kompas pelaut, kompas lain ialah kompas
gegasing dan kompas
falak untuk menentukan utara
benar. Kompas
kiblat pula diubah suai untuk menunjuk ke arah Makkah.

#entridua : JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
VISI
Perkhidmatan Kastam Bertaraf Dunia
MISI
Memungut hasil dan memberi fasilitasi perdagangan
melalui penguatkuasaan dan pematuhan undang-undang
bagi memacu pertumbuhan ekonomi,memelihara
bagi memacu pertumbuhan ekonomi,memelihara
keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat
ETIKA PERKHIDMATAN
Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi (A.B.I.D.)
SLOGAN
Berkhidmat Menyejahterakan Rakyat
NILAI BERSAMA
i-SPEED
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk mentadbir dasar cukai tidak langsung negara. Dengan kata lain, JKDM mentadbir tujuh undang-undang subsidiari utama dan tiga puluh sembilan. Selain itu, JKDM melaksanakan lapan belas undang-undang untuk agensi-agensi kerajaan yang lain. Perniagaan teras kami adalah untuk mengutip cukai dan selaras dengan itu, visi JKDM adalah untuk dihormati, diiktiraf dan Pentadbiran Kastam bertaraf dunia. Oleh itu, misi kami adalah untuk mengumpulkan hasil dengan cekap dan membantu perkembangan perdagangan dan industri melalui kemudahan berterusan sementara meningkatkan pematuhan undang-undang untuk melindungi kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.
Monday, 25 March 2019
#entrisatu : Resume
Nama : Saiful Nizam bin Jamil
No Matrik : 260847
BBA Semester Julai Sesi 2017/2018
Pekerjaan : Penolong Penguasa Kastam
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
Batu Pahat,
Johor Darul Takzim
Subscribe to:
Posts (Atom)